16.3.12

Zara dah pandai membuli...?

aktiviti tahunan keluarga besar kami ialah birthday celebration!
muahhaha... best sbb dapat hadioh... :)
ni last thursday baru ni.. last minute planning..
even x cukup ahli, best tetap best!
jgn jeles hok duk jauh tu..hehheheheee
mcm biase, makan2, pupang2, makan2, pupang2, pahtu balik la..

cantik x saye? dress sponser by nanny jang! tq! shekshi u olss..
antara yg org2 yg kuat makan.. tp hok jong amik gmbr ni, lg kuat makan :)
ank2 mokja.. korean looks like :)
ank manje ibu n ayh ni..







hahaa..amjad jeles ibu die ade zara.. zara pun ape lagi same tepik ngn amjad..huhu
haha.. sian ke amjad
ok2.. zara menang dh..ape la amjad ni..x ganah lasung..haha.. zara bkn nye nk buli amjad, zara nk kwn je :)
muahhahaa..zara dh jumpe geng! zara say hye to amjad.. tapi amjad nangis takut ke zara..haha

Pavlova with love :)

i baked this for d second time.. Pavlova taste is just like marshmello(xtau betul x eja) yg lembik2 tu. Plus, d sweet+sour of strawberry makes d Pavlova more delicious. please scroll ur mouse down to copy paste d recipe..(act, u can search this recipe at here. ) have a nice try! k. bai 

i baked this to my lovely 'big family' on our birthday celebration last thursday. what say u?
Pavlova

4 biji telur ( ambil putih sahaja)
1 cup gula kastor
1/2 teaspoon vanilla @ penutup kecil vanilla pun boleh
2 sudu besar tepung jagung
1 teaspoon cream of tartar @ cuka @ lemon juice (tengok apa yang ada dirumah.salah satu boleh guna)
buah-buahan ikut citarasa anda cth strawberry@ kiwi @ sunskist,,jenis yg masam sebab nak serasi manis telur.kalau buah pun manis,nnt manis sgt rasa.

UNTUK TOPPING ;-
1 CUP WHIPPING CREAM (boleh didapati di pasaraya)
1 1/2 sudu besar gula kastor
1/2 teaspoon vanilla
#boleh juga guna buttercream.cuma tambah 1 cup butter gn 1 cup shortening dan gula aising,,putar sampi ringan.

Cara-cara

1. pukul putih telur sampai kembang. jangan lupa masukkan la sikit-sikit gula kastor tadi sampai habis.pukul sebati.
2. putih telur siap sedia bila terbalikkan bekas ia tidak terjatuh.
3. kemudian ayakkan tepung jagung ke dalam nya.dan jangan lupa esen vanilla dan cream of tartar.kacau dengan cara balik kuap.
4. masukkan dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas minyak.ratakan...bentukkan sesuka hati ikut citarasa.
5. bakar 150 celcius selama sejam. bila sudah masak biar dalam oven 20 minit. jika retak sedikit tidak mengapa.kemudian keluarkan dari oven
6. untuk topping,masukkan semua bahan dan putar hingga kental.
7. guna sudu ratakan atas pavlova.bolehlah susun buah diatasnya.
8. sedia untuk dimakan. boleh masukkan dalam peti ais kemudian baru makan pun ok...ikut tekak anda... selamat mencuba....

10.3.12

Travelogue zara : Part 2

Akhirnya spa jugok ibu zara ke cameron kali ke 4 kot.. Ni kire dr kecik sapa besor ah.. Haha. Br 4 kali.. Huhu.. Benornye ngidam nk g cameron mse ngndung ke zara lg sbb nk mkn stoberi fresh ngn ais krim ala2 mcD tu tp x kesampaian.. Sob!! Lening je br blh g sbb zara bsr dh sket.. Xbyk gmbr pn sbb payoh nk amik.. Huhu.. Gmbr kt kL tu xamik pn sbb bosan dh kL.. G sogo je pn sbb jpe aunty meklin.. Sian zara sbb kene gomol ngn aunty meklin.. Muahahaha.. Beb, nt u trn kuantan, i'll treat u k, ganti hok xdang hr tu.. Sorry darl...!































k.bai 

7.3.12

ayah!

He just a best hb to me & ayah to zara. We love u matzul..! :)

Zara is a good girl

Smlm, 6/3/2012, zara kne inject. Nangis sket je. Bagus zara. Sampai umh je, mcm biase ble bby kne inject kne bg mkn ubt terus, tkt demam. And alhamdulillah zara sihat, xdemam.. Lega ibu.. Hari tu zara demam campak, siang sungguh tgk zara.. Nk pgg pn nangis.. Keep it up ok zara.. K.bai

Zara first teeth

Alhamdulillah.. Di usia 5bulan Zara dh ade gigi..! Lepas ni blh mkn nasik dh la zara.. Hehhee.. Tp koho perit la ibu sbb setiap kali feeding, mst die kekoh2, ibu tepik sakit n 'marah' zara, dgn selambanye zara sengeh2 suke! Cleaver zara!! Tp ibu sakit, xpela zara.. Ibu redha.. :) gmbr gg x bape napok. Huhu. Ayh zara maroh ibu sbb gong kelebek mulut zara mase tgh tdo semata2 nk amk gmbr gg.. Haha

5.3.12

Travelogue zara : Part 1

Date: 2Mac2012-4mac2012
Place: CameronHighlands & KL
(biar gambar bercerita. ibu malas nk menaip :p)

otw ke cameron. hepi je bdk kecik ni..
dlm kete, tido kejap2 je, xsabar nk kutip stlobeli kot..
time to dinner.. igt nk p pasar malam sbb dekat je ngn hotel, last2 xjadi sbb ujan..
anak ayah ni.. dinner time :) pas dinner teruh balik tdo, tp ayh zara kuar p pasar mlm jugek..
depan hotel.. not bad la hotel ni..
zara dgn ibu plop... bile nk g jalan ni ibu??
dh check out..
posing dulu la.. ayah nk bwk g mane xtahu ni...
ibu suh wat senyuman yg paling manis sbb nk mms ke cikya, nk suh cikya jeles :)

zara dan.......

Zara dh ade 'kete'
best je die dpt menan baru..
nt dang pandai jalan mcm amjad, tgk walker pon nangis dh xmboh duk dlm tu...
k.bai


KASIH ISTERI


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira.

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?