APAKAH HUKUM MEMAKAI RAMBUT PALSU?
Hukumnya HARAM bagi lelaki mahupun perempuan walau jika kerana penyakit.Rasulullah saw menyebut perbuatan ini sebagai al-Zur iaitu pemalsuan dan penipuan adalah dilarang dalam Islam.
Said ibn Musayyab menuturkan sebagai berikut: Saat datang ke Madinah, ”Muawiyah berbincang-bincang dengan kami. Di tengah perbincangan tiba-tiba ia mengeluarkan seonggok rambut. Kerana hairan, saya lalu berkata, ”Saya tidak pernah melihat orang berbuat seperti itu (memakai rambut tambahan) selain orang Yahudi. Rasulullah menamainya al-Zur (palsu) yaitu rambut tambahan yang terkenal dengan nama washilah.”
Hadith di atas jelas menyebut memakai rambut palsu adalah amalan orang Yahudi yang mengamalkan penipuan....
Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.
Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.
WALLAHUALAM....
No comments:
Post a Comment